OhJobs, Jobs in Malaysia 2014, Jawatan Kosong 2014, Kerja Kosong 2014, Jawatan Kosong Kerajaan 2014, Jawatan Kosong Swasta 2014, Job Vacancy, Kerja Kosong Kerajaan, 2014, Iklan Jawatan Kosong 2014, Temuduga Terbuka 2014, Jawatan Kosong Kerajaan Terkini, Download Borang Jawatan Kosong, Kementerian Kesihatan, Majlis Bandaraya, Badan Berkanun, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah, Universiti, Kolej, Jobsmalaysia, Kerajaan, Swasta, GLC, Job Vacancies


(27 September 2010) Jawatan Kosong Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan berikut:

1. TEAM LEADER PUSAT PANGGILAN
2. EKSEKUTIF AUDIT SIASATAN
3. EKSEKUTIF PENTADBIRAN AUDIT


1. TEAM LEADER PUSAT PANGGILAN

Bidang Tugas:
- Melatih, memberi tunjuk ajar/panduan serta galakkan bagi meningkatkan motivasi warga kerja di bawah seliaan.
- Membuat penilaian dan analisa ke atas prestasi kerja warga kerja bawahan bagi memastikan kualiti perkhidmatan Pusat Panggilan mencapai tahap yang ditetapkan.

Syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 35 tahun.
- Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda/Diploma dalam bidang berkaitan.
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun sebagai 'Team Leader' di pusat kutipan pembiayaan dalam bidang berkaitan.
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan boleh berinteraksi dengan semua pihak.


2. EKSEKUTIF AUDIT SIASATAN

Syarat Kelayakan:
- Berkelulusan Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dari institusi pengajian yang diiktiraf oleh MQA/JPA.
- Memiliki pengalaman dalam bidang siasatan di institusi-institusi kewangan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun , atau memiliki pengalaman dalam bidang siasatan berkaitan jenayah perdagangan dengan agensi penguatkuasa sekurang-kurangnya lima (5) tahun.
- Berumur dibawah 40 tahun.
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan boleh berinteraksi dengan semua pihak.
- Memiliki kemahiran menulis yang baik dan boleh menghasilkan laporan yang boleh difahami oleh pihak atasan.


3. EKSEKUTIF PENTADBIRAN AUDIT

Syarat Kelayakan:
- Berkelulusan Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dari institusi pengajian yang diiktiraf oleh MQA/JPA.
- Berumur dibawah 35 tahun.
- Mempunyai minat dan kemahiran yang tinggi dalam bidang penyelidikan, penyediaan dasar/polisi dan pengiraan.
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan boleh berinteraksi dengan semua pihak.
- Memiliki kemahiran menulis yang baik dan boleh menghasilkan laporan yang boleh difahami oleh pihak atasan.
- Berpengalaman/berpengetahuan dalam penggunaan perisian komputer khususnya berkaitan perisian pengkalan data seperti SPSS (database software/specialist packages) merupakan satu kelebihan.
- Keutamaan diberikan kepada calon yang berpengalaman dalam proses pengauditan.


CARA MEMOHON:

Calon-calon yang berminat boleh memohon secara bertulis dengan menggunakan perkara-perkara berikut:

- Maklumat peribadi (resume)
- Salinan sijil-sijil akademik
- Sekeping gambar warna (saiz ukuran pasport)

Permohonan yang lengkap boleh dihantar ke alamat di bawah:

Jabatan Perjawatan & Perancangan Tenaga Kerja
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
Tingkat 13, Bangunan Rakyat, Jalan Tangsi,
Peti Surat 11024,
50732 Kuala Lumpur.

Tel: 03-26129473/79/80

Permohonan juga boleh dibuat melalui emel seperti berikut: perjawatan@bankrakyat.com.my

Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Tarikh Tutup Permohonan : 27 September 2010
A Place Where I Express What I Thought Of
Musuh Penyakit Kronik


↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* Modal Hanya Sekali ... INCOME Hari-Hari!! CEPAT!! (Klik Sini)
* Peluang Kerja Terkini di Malaysia (Klik Sini)
* Bermodalkan RM75 jana pasif income RM30k (Klik Sini)
* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)
PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:
0 Komen untuk "(27 September 2010) Jawatan Kosong Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad"
Back To Top